Isnin, 1 Oktober 2012

Aspek Tatabahasa

           Kandungan Aspek Tatabahasa yang digubal bertujuan menentukan keupayaan murid menguasai asas berbahasa dengan nahu yang betul.Guru perlu melaksanakan pengajaran aspek tatabahasa ini secara penggabungjalinan  dengan kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran lisan ,membaca atau menulis.
          Aspek tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid ialah golongan kata,pembentukan kata dan pembinaan ayat.Oleh itu pengajaran dan pembelajaran tatabahasa ini harus diajar secara berfokus dan terancang.
          Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa, guru harus menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran  Kemahiran Aspek Tatabahasa yang disediakan.