Sabtu, 8 Disember 2012

Tandakan ( / ) pada simpulan bahasa yang sesuai.


1.  Tini merupakan  ………………………………………….  Kepada Puan Mariam.

cahaya mata

cahaya lampu


   

2.  Ibu ………………………………………  apabila kakak lambat balik ke rumah.

naik hantu

naik darah




3. Tulisannya  yang seperti  ……………………………  itu tidak boleh dibaca.

cakar ayam

cakar pensel

 


4. Raja digelar  ………………………   kerana tidak tahu bermain bola.  

Kaki botol

kaki bangku




5  Sani  dipukul oelh ibunya kerana  sikapnya yang ……………………………………

panjang tangan

panjang rambut




6.  Murni selalu membantu ibunya di rumah.Dia seorang yang …………………………

ringan badan

ringan tulang








Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa ialah bentuk peribahasa yang sangat ringkas.Ia terdiri daripada dua patah perkataan atau lebih.Contoh-contoh  simpulan bahasa.

1. Ringan tulang bermaksud rajin.





Abu selalu membantu gurunya.Dia seorang yang ringan tulang.


2.Cahaya mata bermaksud anak





Puan Aminah gembira mendapat seorang cahaya mata lelaki.


3. Panjang tangan bermaksud suka mencuri.






   Kamal seorang yang  panjang tangan kerana suka mencuri.


4. Kaki bangku bermaksud tidak tahu bermain bola.



Jamil tidak tahu bermain bola.Dia seorang kaki bangku.


 5. Naik darah bermaksud marah

  



Encik Ramu naik darah kerana pekerjanya lewat datang ke pejabat.