Jumaat, 9 November 2012

KATA HUBUNG

Kata hubung digunakan untuk menggabungkan lebih daripada satu ayat.Contoh kata hubung ialah sambil,tetapi,kerana,atau,dan,agar,supaya serta lalu.

 Contoh penggunaan kata hubung dalam ayat.

 1. sambil 

 Ramu menonton televisyen sambil makan kacang.

 2. tetapi 

Walaupun Encik Abu kaya tetapi dia tidak sombong.

 3. kerana

 Jalil selalu dimarahi ibunya kerana malas membaca buku.

 4. atau

 Awak hendak makan roti canai atau nasi lemak?

 5. dan 

 Ali dan Mutu berkawan baik.

 6. supaya

 Kakak menasihati Salina supaya rajin belajar.

 7. lalu

 Abang masuk ke bilik lalu tidur.

KATA NAMA



Kata Nama Khas


Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa atau yang  tidak bernyawa.

Benda -benda yang bernyawa ialah nama manusia atau binatang.Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat,judul buku,nama bangunan dan sebagainya.

Perkataan kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau kahas.Huruf pertama perkataan kata nama khas hendaklah ditulis dalam huruf besar.

Contoh

Manusia , orang
Puan Mahani
                                                                              
 

Binatang







Pak Belang,Sang Semut
 
 
Benda
 Proton Saga
 
 
Tempat
 Pasar Raya Giant

 




Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang ,haiwan dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan ,tempat, benda dan sebagainya.

Kata nama am  digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum. 
Kata nama am hendaklah ditulis menggunakan huruf kecil kecuali pada awal ayat.


Manusia , orang
  guru, doktor, dan  ibu

 
                                                   
Binatang
 kucing,harimau dan ayam

 

Tumbuh- tumbuhan
 pokok,,betik dan bendi

 
                                         
Benda
  rumah. kereta, dan buku

 
                
tempat
 pasar raya,sekolah dan balai bomba