Jumaat, 9 November 2012

KATA HUBUNG

Kata hubung digunakan untuk menggabungkan lebih daripada satu ayat.Contoh kata hubung ialah sambil,tetapi,kerana,atau,dan,agar,supaya serta lalu.

 Contoh penggunaan kata hubung dalam ayat.

 1. sambil 

 Ramu menonton televisyen sambil makan kacang.

 2. tetapi 

Walaupun Encik Abu kaya tetapi dia tidak sombong.

 3. kerana

 Jalil selalu dimarahi ibunya kerana malas membaca buku.

 4. atau

 Awak hendak makan roti canai atau nasi lemak?

 5. dan 

 Ali dan Mutu berkawan baik.

 6. supaya

 Kakak menasihati Salina supaya rajin belajar.

 7. lalu

 Abang masuk ke bilik lalu tidur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan