Jumaat, 28 Disember 2012

Cerita Kura-kura dan Itik

Baca dengan  intonasi yang betul.

         Di suatu kawasan paya tinggal seekor kura-kura dan dua ekor itik.Mereka berkawan baik.Pada suatu hari telah berlaku musim kemarau.Air di paya semakin kering.Itik mengajak kura-kura berpindah . Kura-kura tidak boleh terbang.
 
       Mereka pun mencari sebatang kayu. Kura-kura menggigit  bahagian tengah kayu itu. Kedua-dua itik itu pula menggigit bahagian kiri dan kanan kayu.

       Kemudian mereka pun terbang.

Soalan.

1.  Cuba kamu fikirkan apakah  yang terjadi kepada kura-kura dan itik selepas itu?

    ..........................................................................................................................................

2. Nyatakan perkataan berlawan bagi perkataan yang berwarna merah.

    baik            lawannya .....................................

    kemarau     lawannya  ...................................

    kering         lawannya  ...................................

    tengah         lawannya .......................................



Tiada ulasan:

Catat Ulasan