Sabtu, 8 Disember 2012

Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa ialah bentuk peribahasa yang sangat ringkas.Ia terdiri daripada dua patah perkataan atau lebih.Contoh-contoh  simpulan bahasa.

1. Ringan tulang bermaksud rajin.





Abu selalu membantu gurunya.Dia seorang yang ringan tulang.


2.Cahaya mata bermaksud anak





Puan Aminah gembira mendapat seorang cahaya mata lelaki.


3. Panjang tangan bermaksud suka mencuri.






   Kamal seorang yang  panjang tangan kerana suka mencuri.


4. Kaki bangku bermaksud tidak tahu bermain bola.



Jamil tidak tahu bermain bola.Dia seorang kaki bangku.


 5. Naik darah bermaksud marah

  



Encik Ramu naik darah kerana pekerjanya lewat datang ke pejabat.


















  

1 ulasan:

  1. Blog cikgu menarik dan sesuai dijadikan bahan Pengajaran dan pembbelajaran

    BalasPadam